RIBA DALAM INSTRUMENT HALAL

69889932_2499028600117732_6107545710838677504_o
Seorang guru berhasrat untuk mengambil plan pelaburan setelah menemui seorang ejen koperasi yang mempromosikan plan koperasi serta plan ‘simpanan & pelaburan’ di bawah nama ‘koperasi guru-guru’.

Pulangan tetap 9% yang dijanjikan dalam dana unit amanah serta perlindungan khairat kematian menjadi faktor utama guru-guru join.

Pada awalnya, pertanyaan saya ditentang oleh guru tersebut kerana keyakinan yang tinggi bahawa plan itu adalah halal. Ejen telah menunjukkan dana pelaburan unit amanah yang patuh syariah. Mungkin juga sebab ejen tu baik dan lebih hensem dari saya. 😄

Bila diselidik, rupanya pelaburan tersebut adalah salah satu produk syarikat insurans. Dalam erti kata lain, ia merupakan polisi pelaburan dalam insurans.

Guru yang tak tahu menahu secara tidak sengaja join plan insurans atas nasihat perunding.

———-

Isu pertama ialah keterlibatan dengan syarikat insuran. Ya, memang dana unit trust yang ditunjukkan adalah patuh syariah. Tetapi pelanggan harus faham. Bayaran bulanan bukan kesemuanya dimasukkan ke dalam unit amanah. Ia juga merupakan komisyen ejen dan keuntungan syarikat. Bila melibatkan syarikat insurans, ia telah difatwakan haram.

69937663_2499028353451090_8067329130405822464_n

Hukum pampasan kematian / TPD ( khairat kematian ) bagi plan insurans adalah haram. Waris yang mendapat wang pampasan perlu membuat faraid wang pokok dan menyerahkan baki selebihnya kepada baitulmal. Dalam konsep pemilikan, harta haram bukan hak milik individu muslim.

Oleh itu, rancanglah kewangan anda sebelum ia dirancang oleh ejen takaful, ejen unit trust atau ejen koperasi. 😂

____________

Mueez Ahmad
INFAQ CONSULTANCY

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.