GATHER CARE – Crowd Sharing Mirip Medical Card

GATHER CARE – Medical Coverage Rm1 Juta. Bayaran bulanan pada tahun 2020 hanya RM35 sebulan secara purata.

Gather Care adalah sebuah program bayaran bersama rawatan hospital melalui crowd sharing. Program ini mirip medical card tetapi bukan didaftarkan di bawah insuran atau takaful.

Istilah yang digunakan :
*Pekongsi = peserta = sharer
*wallet = saku digital pendeposit
.
.

KETERANGAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA 4 BAHAGIAN

A. KONSEP GATHER CARE
B. PERLINDUNGAN DAN MANFAAT
C. SYARAT PENYERTAAN
D. KOMITMEN BAYARAN

.
.

A. KONSEP GATHER CARE

Program ini menggunakan konsep deposit perkongsian. Segala laporan berkaitan dana perkongsian terdapat di website gathercare.com setiap bulan termasuk jumlah claim dan Guarantee Letter (GL) akhir pekongsi yang telah diluluskan.

Istimewanya program ini, bayaran bulanan adalah tidak tetap tetapi jumlah maksimum RM50 sahaja. Ia mempunyai perlindungan rawatan hospital sehingga RM 1 Juta. (RM 1,000,000)

.

.

B. PERLINDUNGAN / MANFAAT

1- KEMATIAN : Rm5,000 (Tiada Tempoh Menunggu)

2- KEMALANGAN : Rm20,000 (Tiada Tempoh Menunggu)

3- RAWATAN HOSPITAL : Rm1,000,000
(60 hari Tempoh Menunggu bagi sakit biasa)
(180 hari Tempoh Menunggu bagi penyakit seperti di bawah)

4- HARGA BILIK : RM150 (Max 120 hari setahun)

5- KANSER ( OUTPATIENT ) : RM100,000 (180 hari Tempoh Menunggu)

6- KHIDMAT AMBULANS : RM250

7- 252 RNGKAIAN HOSPITAL PANEL (Senarai Hopital)

8- PESAKIT COVID 19 – PERCUMA ELAUN HOSPITAL RM100 / HARI

Jumlah Perlindungan

.
.

C. SYARAT PENYERTAAN

1- Berumur 6 – 40 Tahun
2- Sihat Walafiat. ( Tiada sejarah penyakit kronik )
3. Rakyat Malaysia
4. Jujur dan Amanah

.

.

D. KOMITMEN BAYARAN PEKONGSI

Terdapat 2 jenis bayaran iaitu bayaran tahunan dan bayaran bulanan.


1. BAYARAN TAHUNAN RM360
(Purata bulanan hanya RM30).

Bayaran ini perlu dibayar setiap tahun. Bayaran RM160 perlu dibayar pada bulan pertama manakala baki RM200 dibayar pada bulan kedua. Semua jenis bayaran dibuat melalui debit kad atau kredit kad.

2. DEPOSIT PEKONGSI RM100 ( WALLET ).
Sekali sahaja

Pada kali pertama pendaftaran, bayaran Rm100 diperlukan untuk mengisi wang dalam wallet. Oleh itu, bayaran bulan pertama untuk kali pertama adalah RM260. ( Rm160 + Rm100 )

3. TOPUP WALLET

Jika terdapat claim pada setiap bulan, jumlah yang perlu dibayar (maksimum RM50) akan ditolak daripada deposit wallet (nombor 2). Apabila jumlah dalam wallet kurang daripada RM50, sistem akan topup semula wallet bagi mencukupkan semula RM100 melalui kredit kad atau debit kad.

Jumlah yang perlu dibayar adalah mengikut jumlah claim dibahagikan dengan jumlah pekongsi ketika itu. Maksimum setiap bulan adalah RM50.

Contoh :
– Tuntutan pada Februari 2026 adalah RM50,000
– Jumlah pekongsi adalah seramai 4000 orang
– RM 50,000 / 4000 = RM 12.50
Oleh itu, setiap pekongsi perlu membayar RM12.50 pada bulan Februari 2026

Jika tiada tuntutan pada bulan tersebut, maka wang di dalam wallet tidak akan ditolak. ( Lihat senarai tuntutan sejak 2017 )

BERIKUT ADALAH LAPORAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN 2020 :

Sebanyak 5 bulan tiada bayaran yang ditolak daripada wallet. Rm0.00.
– Topup wallet hanya berlaku sekali sahaja pada tahun tersebut.
– Purata bayaran bulanan adalah RM 5 sahaja.
– Bayaran tertinggi adalah pada bulan Ogos iaitu RM28.32 sahaja.

Memandangkan purata bayaran tahunan adalah RM30 dan purata bayaran bulanan adalah RM5, boleh disimpulkan bahawa bayaran bulanan secara purata keseluruhan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM35 sebulan.


.

.

E. PELUANG MEMBINA PENDAPATAN PASIF

Setelah menjadi sebahagian daripada pekongsi ( peserta ), anda boleh mengajak sahabat dan rakan taulan untuk menjadi pekongsi. Anda layak untuk mendapat imbuhan secara tahunan daripada syarikat.

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.