HIBAH TAKAFUL

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah. Hibah takaful berfungsi untuk memberi perlindungan kewangan kepada keluarga apabila suami atau isteri meninggal dunia.

Hibah Takaful Bukan Untuk Bayar Hutang - Afyan.com

Wang pampasan Hibah takaful akan diperoleh apabila peserta takaful meninggal dunia atau berlaku lumpuh keseluruhan.

Contohnya :

Abu mengambil polisi hibah takaful sebanyak RM200,000 dengan bayaran RM46 setiap bulan. Beliau meletakkan nama isterinya sebagai penerima hibah sebanyak 70% dan ibunya sebanyak 30% daripada wang RM200,000 tersebut.

Apabila Abu meninggal dunia wang perlindungan sebanyak RM140,000 ( 70% daripada RM200,000 ) akan diberikan oleh syarikat takaful kepada Isteri Abu. Sebanyak RM60,000 pula akan diberikan kepada Ibunya ( 30% daripada RM200,000 ).

Jika Abu mengalami lumpuh keseluruhan, wang sebanyak RM200,000 akan diberikan kepada Abu selepas 6 bulan disahkan mengalami lumpuh keseluruhan.

3 Fungsi Utama Takaful - Afyan.com
3 Fungsi utama hibah takaful

TUJUAN HIBAH TAKAFUL

Tujuan hibah takaful adalah untuk membantu ahli waris dari segi kewangan agar dapat menampung perbelanjaan keluarga apabila insan yang menjadi sumber pendapatan keluarga meninggal dunia.

Ia sesuai diambil oleh ayah dan ibu yang bekerja menampung perbelanjaan keluarga.

Hibah takaful adalah lebih penting daripada polisi medical card. Polisi medical card berbentuk bayaran balik kepada hospital ( reimbursement ). manakala pampasan hibah takaful berbentuk cash kepada waris atau peserta.

PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI HIBAH TAKAFUL

Selain daripada perlindungan kematian dan lumpuh keseluruhan, peserta juga boleh menambah perlindungan sakit kritikal.

Pelan ini melindungi 36 jenis sakit kritikal yang boleh menyebabkan peserta tidak boleh bekerja akibat penyakit.

Contohnya :

Ali mengambil pelan hibah takaful yang mempunyai perlindungan sakit kritikal sebanyak RM300,000.

Ali mengalamai penyakit kanser hati pada umur 45 tahun. Setelah disahkan oleh doktor, Ali akan akan diberikan sebanyak RM300,000 oleh syarikat takaful.

Tidak semua polisi hibah takaful mempunyai perlindungan sakit kritikal. Kebiasaannya adalah perlindungan kematian dan lumpuh keseluruhan sahaja.

PELAN HIBAH TAKAFUL RM200,000

Ini adalah plan tebaik dan termurah di dalam industri takaful.

Pelan ini melindungi :

1. Semua jenis kematian RM200,000
2. Lumpuh keseluruhan RM200,000

Perlindungan adalah sama seperti yang di bincangkan di atas.

Bayaran sumbangan bulanan adalah RM46 ringgit sahaja bagi lelaki berumur 30 tahun untuk perlindungan RM200,000

Bagi wanita berumur 30 tahun, bayaran adalah lagi rendah iaitu RM41 sahaja bagi perlindungan RM200,000.

Jumlah perlindungan boleh dipilih bermula RM200,000 sehinga RM3,000,000.

Berminat dengan plan hibah takaful? Klik gambar di bawah untuk whatsap.

Atau isi borang di bawah. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 12 jam.