JENIS – JENIS TAKAFUL

Takaful Keluarga & Takaful Am / General

Takaful keluarga lazimnya mempunyai plan asas iaitu melindungi semua jenis kematian dan TPD. Manfaat lain adalah manfaat tambahan ( rider) yang sebahagiannya ada pada takaful am.

Contoh perlindungan takaful keluarga :

– Kematian ( Pelan Asas )

– Lumpuh keseluruhan TPD ( Pelan Asas )

– Sakit Kritikal

– Kemalangan

– Medical card

– Pendidikan

– Elaun wad harian

Kebiasaannya, Takaful keluarga perlindungannya bersifat jangka panjang berbeza dengan takaful Am bersifat jangka pendek.

Contoh Perlindungan Takaful Am :

– Takaful kenderaan

– Travel takaful

– Auto takaful

– Mortgage takaful ( MRTT )

– Takaful kebakaran bangunan

– Personal Accident ( PA Takaful )

– Dan mcm2 lagi

Takaful am juga tidak ada element pelaburan ( cash value ) sepertimana sebahagian dalam takaful keluarga.

Takaful am boleh juga didapati terus dengan syarikat manakala takaful keluarga selalunya memerlukan ejen sebagai perunding.

Dalam kesemua jenis takaful. Perlindungan yang paling UTAMA adalah perlindungan pendapatan. Iaitu melindungi Kematian dan TPD.

Setiap ketua keluarga sekurang-kurangnya perlu mengambil 1 plan perlindungan pendapatan bagi melindungi kewangan jika berlaku musibah di atas.

——————-

Mueez Ahmad

PERUNDING TAKAFUL

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.