KONSEP HIBAH DALAM TAKAFUL

HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah. Ianya adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.

Beberapa Fakta Mengenai HIBAH TAKAFUL

1. Mudah dicairkan selepas kematian

Hibah takaful merupakan harta yang paling mudah dicairkan selepas kematian tanpa perlu waris menuntut harta tersebut sepertimana harta pusaka yang lain.

2. Hibah tidak akan berubah kepada wasiat

Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat.

3. Hibah terkeluar daripada harta pusaka

Harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid.

4. Hanya berkuatkuasa sepanjang tempoh polisi.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa.

Oleh itu, amat penting untuk mendapatkan plan hibah pada tempoh yang maksimum.

5. Peserta boleh mengubah nama penerima hibah.

Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan. Oleh itu, jika penerima hibah meninggal lebih awal maka nama penerima boleh ditukar selagi peserta masih hidup.

6. 100% hak milik penerima hibah.

Wang yang diterima daripada hibah takaful adalah hak milik penerima hibah. Bukan harta si mati.

Contoh : Jika Isteri menerima wang hibah takaful daripada polisi arwah suami, wang tersebut adalah hak milik isteri. Isteri TIDAK WAJIB untuk membayar hutang piutang arwah suami menggunakan wang tersebut.

Oleh itu, suami perlu bijak membahagikan wang pampasan takaful. Sebahagian daripada wang pampasan perlu juga dibuat faraid atau sediakan hibah amanah.

7. Jumlah perlindungan ( Pampasan ) yang ideal adalah bersamaan 10 tahun pendapatan.

Jika peserta bergaji Rm3,000. Setahun = Rm36,000. Maka jumlah perlindungannya adalah Rm360,000.

Kenapa 10 tahun? Kerana tempoh tersebut adalah tempoh yang sesuai untuk keluarga membiasakan diri dengan pendapatan baharu.

8. Hibah Takaful antara plan takaful yang termurah dan mampu dimiliki oleh golongn B40.

Plan Hibah takaful boleh didapati dengan RM46 sebulan dengan perlindungan setinggi Rm200,000.

Terdapat juga plan hibah yang komprehensif dengan tambahan perlindungan seperti kemalangan, sakit kritikal, elaun hospital dan kad perubatan bermula dengan harga RM80.

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.