HIBAH TAKAFUL – FAHAM SEBELUM LANGGAN

Hibah takaful merupakan sebuah konsep dalam polisi takaful. Peserta takaful akan menamakan penerima hibah ( pampasan kematian ) ketika membuat pemohonan.

Ia bermaksud PEMBERIAN – Pemberian atas dasar kasih sayang.

Jika berlaku kematian kepada peserta, wang pampasan akan diberikan kepada nama yang telah dihibahkan. Menjadikan wang itu adalah hak milik penerima hibah, bukan hak milik si mati. Seterusnya, wang tersebut tidak perlu di agihkan lagi kepada waris yang lain.

Hibah takaful disebut sebagai hibah bersyarat kerana ketika akad pemberian dilafaz, masih belum ada harta kecuali apabila berlaku kematian.

Ia merupakan salah satu daripada kaedah agihan harta yang disediakan di syarikat takaful selain daripada faraid / penama dan penyerahan hak ( Absolute Assignment ).

Secara amnya, Hibah Takaful adalah pelan takaful yang melindungi Kematian dan Lumpuh Keseluruhan ( Total Permanent Disability TPD ).

Terdapat 2 jenis plan takaful iaitu :

1 – Plan yang tiada pelaburan ( Tradisional )

2 – Plan yang ada pelaburan ( Investment Link )

Plan yang tiada pelaburan akan lebih murah daripada plan yang ada pelaburan. Namun, jika sijil diberhentikan. Tidak akan ada apa-apa wang pulangan bagi sijil yang tiada pelaburan.

Mana-mana pelan takaful yang mempunyai jumlah perlindungan kematian yang tinggi, ia boleh dijadikan sebagai hibah. Jumlah perlindungan yang ideal bersamaan dengan 10 tahun pendapatan.

Oleh itu, jika anda terdengar mengenai hibah takaful. Ketahuilah bahawa ia plan yang melindungi kematian peserta dengan sejumlah wang pampasan.

Dalam plan hibah. Tiada plan medical card, kemalangan, elaun hospital, takaful kenderaan, pergi haji dan lain-lain. Hibah takaful hanya akan terjadi apabila berlaku kematian.

Contoh plan hibah yang tiada pelaburan

Ini adalah contoh hibah takaful. Bayaran Rm47 sebulan boleh melindungi setinggi Rm200,000. Plan ini murah kerana tiada akaun pelaburan.

Selain daripada akaun TH, ASB, bank dan lain-lain. Setiap individu yang mempunyai tanggungan perlu ada plan hibah agar dapat menyediakan sejumlah wang pampasan untuk keluarga jika berlaku kematian.

Baca : 8 FAKTA HIBAH TAKAFUL

Muiz Ahmad

INFAQ Consuancy

Whasapp jika berminat dengan hibah takaful:

wasap.my/+60107959490/HT

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.