SIMPANAN DALAM TAKAFUL

Simpanan bermaksud : “sesuatu yang disimpan dan akan digunakan bila perlu”

Dalam istilah kewangan, wang simpanan adalah lebih sesuai dikaitkan dengan akaun simpanan ( Fixed Deposit ) di institusi perbankan seperti Tabung Haji atau bank-bank perdagangan.

Kami di INFAQ CONSULTANCY menggunakan 3 garis panduan untuk mengenalpasti sesebuah instrument simpanan :

1 – Mudah Cair – Dengan erti kata lain, wang simpanan boleh didapati dengan mudah dan cepat apabila diperlukan.

2 – Tiada Caj – Tiada caj / bayaran tambahan jika kita ingin menyimpan wang. Oleh itu, emas & unit amanah tidak dikira sebagai simpanan.

3 – Tiada Risiko – Tiada risiko kehilangan atau kerugian. Emas – Risiko kecurian. Unit amanah – Risiko kerugian. Dll.

Tiga perkara di atas dirangka agar selari dengan matlamat sebenar sesebuah simpanan.

Berbeza dengan takaful, tiada istilah simpanan dalam pembentukan akad. Yang ada hanyalah wakalah, tabarru’ dan akaun pelaburan.

Konsep takaful adalah berbeza dengan insuran

Bayaran bulanan takaful dipanggil sebagai sumbangan bulanan.

Setiap sumbangan bulanan peserta akan dipecahkan kepada tiga bahagian. Wakalah, tabarru, & pelaburan. ( Qiradh )

1 – Wakalah ( Upah Perkhidmatan )

Upah perkhimatan ( Caj wakalah ) polisi adalah untuk menampung kos operasi syarikat takaful.. Caj wakalah akan diambil daripada sumbangan bulanan pada 6 – 9 tahun pertama polisi. Selepas itu, tiada lagi caj wakalah diambil.

2. Tabarru’ ( Tabung bantu membantu )

Tabarru bermaksud bantu membantu. Setiap peserta akan dikenakan caj tabarru’ tahunan. Caj ini akan meningkat apabila umur meningkat. Semua caj tabarru’ peserta takaful akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai dana tabarru’.

Wang daripada tabungan inilah ( dana tabarru’ ) yang akan digunakan jika mana-mana peserta takaful ditimpa musibah. ( Claim )

Secara tak langsung, wang sumbangan kita akan menjadi wang INFAQ / sedekah kepada peserta lain yang dilanda musibah.

3. Akaun Pelaburan

Sebahagian daripada wang sumbangan akan dilaburkan ke dalam dana unit amanah.

Keuntungan dijangka 2% hingga 8%. Namun, tiada mana-mana polisi dalam syarikat takaful mahupun insuran menjanjikan pulangan yang dijamin.

Pulangan ini dipanggil cash value. Sesetengah orang memanggilnya sebagai simpanan.

Jika ada ejen yang menjanjikan pulangan. Ketahuilah ia hanya dakwaan ejen semata2.

Cash value boleh dikeluarkan, namun ia akan memberikan kesan kepada polisi jika wang itu dikeluarkan.

Tujuan pelaburan ini adalah untuk menangani masalah kenaikan caj tabarru apabila umur meningkat. Supaya sumbangan bulanan tidak meningkat secara mendadak.

Ia juga bertujuan untuk mendepani masalah kenaikan kos perubatan. Untuk makluman, kos rawatan hospital di malaysia berlaku kenaikan sekitar 15% setiap tahun.

Oleh itu, istilah yang lebih tepat adalah cash value atau nilai dana. Ia lebih sesuai digunakan berbanding istilaj simpanan bagi mengelak kekeliruan.

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.