HIBAH TH & SAVING TAKAFUL

Ramai yang terkejut dan hiba apabila TH mengumumkan hibah bagi tahun 2018 adalah 1.25%.

Ini kerana prestasi TH selama ini melebihi 6% menyebabkan kebanyakan orang rasa agak mustahil jika hibah boleh jatuh sehingga 1%.

Untuk menyedapkan hati, pendeposit hendaklah mengetahui bahawa TH bukanlah institusi pelaburan seperti syarikat unit amanah atau ASB.

Akad yang digunakan adalah Wadiah yad dhamanah iaitu simpanan beserta jaminan. Institusi / bank boleh menggunakan wang pendeposit dengan jaminan wang tersebut masih ada dan boleh dikeluarkan. Akad ini juga tidak menjanjikan pulangan kecuali atas kehendak institusi / bank yang penguruskan simpanan tersebut. Dalam konteks ini, pulangan dinamakan sebagai hibah atau hadiah. Ia bukan dividen atau profit.

Kembali kepada kejutan kadar HIBAh yang diumumkan oleh TH. Dalam pengalaman saya menghadiri beberapa kursus merancang kewangan, 6% dijadikan sebagai penanda aras bagi pulangan TH. Sekaligus menjadikan TH sebagai platform terbaik untuk simpanan atau pelaburan yang tiada risiko, tinggi kecairan dan tiada caj.

Tetapi bermula hari ini, mungkin TH tidak lagi dijadikan sebagai platform simpanan terbaik. Mungkin bank-bank lain atau ASB.

Tahukah anda bahawa hal seperti ini boleh berlaku kepada saving atau cash value dalam takaful?

Mungkin terdapat ejen takaful menjanjikan simpanan yang banyak setelah bayaran beberapa tahun menyebabkan pelanggan tertarik kerana jumlah simpanan yang dijanjikan tetapi bukan kerana jumlah perlindungan.

Hal ini lebih parah jika ejen menjanjikan bahawa wang pulangan boleh dijadikan sebagai perancangan persaraan, pendidikan anak-anak atau untuk pergi umrah / haji.

Pulangan / simpanan / nilai tunai yang terdapat dalam takaful adalah bergantung kepada prestasi keuntungan syarikat. Ia boleh jadi kurang daripada yang dijanjikan atau negatif. Ini termasuk takaful pelan pendidikan.

Andaikan berlaku negatif, pastinya ejen akan menggunakan ayat penyedap hati seperti di atas supaya planggan dapat terima dengan pasrah.

Pernah terjadi kepada klien saya yang ingin berhijrah daripada insuran ke takabut. Beliau membuat bayaran medical card syarikat insuran ABC dengan bayaran Rm250 sebulan selama 6 tahun. Perlindungan kematian dan sakit kritikal hanya Rm10k dan medical card Rm65k. Selebihnya dikatajan untuk manfaat simpanan. Apabila polisi ditamatkan, peserta hanya mendapat Rm600 sahaja.

Oleh itu, fahami polisi yang kita bayar setiap bulan. Jangan ambil takaful kerana pelaburan atau simpanan. Fokus pada perlindungan terutama perlindungan kematian dan sakit kritikal agar tidak penyesal di kemudian hari.

MUIZ AHMAD

INFAQ CONSULTANCY

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.