PERLINDUNGAN 3D – RM500,000

Apabila sebut mengenai perlindungan takaful. Rata-rata masyarakat akan terlintas di fikiran mengenai medical card. Ini kerana banyak syarikat takaful dan insuran sering mempromosikan medical card menyebabkan produk ini menjadi produk utama industri takaful dan insuran.

Sebenarnya selain medical card terdapat banyak lagi produk takaful keluarga yang berada di pasaran seperti perlindungan kematian, sakit kritikal, elaun wad, kemalangan dan lain-lain. 

Namun begitu, terdapat 3 perlindungan utama yang lebih penting berbanding kad perubatan dan  sepatutnya dimiliki oleh setiap keluarga. Ianya adalah perlindungan kematian (Death) , Lumpuh Keseluruhan (Disability) dan Sakit kritikal (Diseases) yang dipanggil perlindungan takaful 3D atau musibah 3D.

Mengapa perlindungan 3D ini penting?

Perlindungan 3D berperanan sebagai pengganti pendapatan ( Gaji ) ketua keluarga yang menyara hidup sesebuah keluarga. Rata-rata kemiskinan yang berlaku adalah disebabkan musibah yang melanda ketua keluarga atau insan yang mencari nafkah. 

Capture

Andai berlaku kematian kepada pencari nafkah. Pendapatan keluarga akan terjejas sekaligus memberikan masalah kepada kewangan. Ketika ini, aset-aset yang ada seperti wang simpanan, pelaburan, atau harta benda perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan harian.

Begitu juga jika berlaku Lumpuh keseluruhan. Musibah yang sama akan melanda keluarga malah lebih teruk kerana perlu menanggung pesakit lumpuh.

Lagi parah apabila berlaku sakit kritikal, selain daripada masalah di atas. Pesakit kritikal memerlukan wang beribu ringgit atau beratus ribu ringgit bagi membiayai rawatan. 

Oleh itu, 3 jenis musibah ini perlu dilindungan dengan dana yang cukup agar dapat meringankan beban keluarga dan pesakit.

Dengan adanya perlindungan takaful, keluarga boleh membayar hutang yang ada dan memelihara aset yang sedia ada daripada dijual.

Untuk perlindungan 3D sebanyak RM500,000. Sumbangan bulanan hanyalah serendah RM143 bagi peserta lelaki berumur 30 Tahun.

Ya, RM 143 untuk perlindungan RM 500,000. Hanya 5% hingga 10% daripada pendapatan bulanan untuk melindungi 100% pendapatan.

Plan ini melindungi ;

1 – Kematian semulajadi – RM500,000
2 – Kematian kemalangan – RM500,000
3 – Kematian disebabkan sakit – RM500,000
4 – Lumpuh keseluruhan disebabkan kemalangan – RM500,000
5 – Lumpuh keseluruhan disebabkan sakit – RM500,000
6 – 36 jenis sakit kritikal – RM500,000

Tempoh polisi adalah selama 80 tahun bagi kematian. 70 tahun bagi lumpuh keseluruhan dan sakit kritikal. Polisi akan auto renew setiap 10 tahun.

Hubungi untuk Maklumat Lanjut : hibahti.wasap.my

Atau isi borang di bawah.

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.