ROH TERGANTUNG KERANA HUTANG

Apabila terbaca hadith di bawah. Teringat saya kepada hutang-hutang yang sedang dipikul. Kerana kematian boleh datang bila-bila masa dan hampir mustahil untuk lunaskan kesemua hutang dalam masa terdekat. Jika tiada harta yang ditinggalkan. Ahli keluarga wajib membayar hutang yang diwariskan bagi pihak si mati. Namun kita sangat beruntung kerana syarikat-syarikat takaful di Malaysia ada mengeluarkan pelbagai produk yang boleh melindungi semua hutang supaya ia tidak ‘diwariskan’ kepada waris yang masih hidup. Di bawah saya senaraikan produk-produk takaful yang boleh menyelesaikan hutang apabila seseorang meninggal dunia.
  1. Pembiayaan kenderaan – Auto Takaful
  2. Pinjaman PTPTN – Takaful PTPTN
  3. Pembiayaan perumahan – MRTT / MLTT
  4. Pembiayaan ASB – Takaful untuk ASBF
  5. Pembiayaan peribadi – Takaful perlindungan diri
  6. Kad Kredit – Takaful perlindungan diri
  7. Pinjam duit saudara – Takaful perlindungan diri
  8. Pinjam duit kawan – Takaful perlindungan diri
  9. Pinjaman lain – Takaful perlindungan diri
Ketika membuat pinjaman rumah kebiasaanya bank akan menambah jumlah pembiayaan bagi tujuan membayar takaful MRTT. Namun tidak semua dilindungi dengan sepenuhnya. Begitu juga dengan pembiayaan kenderaan. Hanya sebahagian bank sahaja yang mewajibkan pelanggan mengambil auto takaful. Walaubagaimanapun, dengan menyertai Takaful perlindungan diri ia boleh menyelesaikan kesemua hutang yang masih ada. Ini kerana takaful perlindungan diri akan membayar wang pampasan secara tunai ke dalam bank untuk diuruskan oleh waris selepas kematian. Oleh itu kita boleh mengira jumlah hutang yang ada kemudian lindunginya dengan cara menyertai Takaful perlindungan diri. Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang ditinggalkan akan digunakan untuk : Pertama – Kos pengurusan kematian Kedua – Bayar hutang Ketiga – wasiat / hibah Keempat – Faraid Jadi pastikan anda telah menyertai takaful perlindungan diri dan mempunyai jumlah perlindungn yang cukup bagi membayar hutang seterusnya dapat meringankan beban keluarga yang tersayang
Berminat dengan takaful perlindungan diri? Pm konsultan takaful kami untuk sebarang pertanyaan  melalui link di bawah. https://wa.me/60107959490 https://wa.me/60107959490 https://wa.me/60107959490

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.