PERBEZAAN HIBAH HARTA DAN HIBAH TAKAFUL

Apabila berbicara mengenai hibah, rata-rata masyarakat memahami hibah adalah perlindungan takaful. Kefahaman begini berlaku kerana ramai di kalangan ejen takaful mempromosikan hibah takaful dengan term ‘hibah’ sehingga sebahagian masyarakat memahami hibah adalah nama bagi produk takaful.

Begitu juga medical card dan takaful, kebanyakannya mengganggap takaful adalah medical card sedangkan industri takaful mempunyai pelbagai produk perlindungan selain medical card.

Hibah adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud HADIAH atau pemberian. Berlaku pindahan milikan harta daripada satu pihak kepada pihak lain dengan redha. Seperti si A penyerahkan harta miliknya kepada si B.

Hibah selalunya digunakan untuk perwarisan harta ketika pemilik masih hidup atau meninggal dunia. Di sini saya menerangkan 3 jenis hibah iaitu :

1 – Hibah biasa ( Hibah mutlak / Hibah bersyarat Al-‘Umra )
2 – Hibah amanah ( Hibah Bersyarat Al Ruqba )
3 – Hibah Takaful ( Hibah Bersyarat Al Ruqba )

Terdapat 2 bahagian HIBAH BERSYARAT iaitu Al-‘Umra dan Al-Ruqba.

HIBAH BIASA

Hibah biasa adalah hadiah atau pemberian yang merupakan transaksi mudah. Ia memerlukan 3 perkara iaitu:

1. Pemberi hibah
2. Penerima hibah
3. Ain Barang yang dihibahkan ( Harta yang nampak )

Contohnya seorang ayah memberikan tanah miliknya kepada anak sulung, rumah kepada anak ke 2 dan kebun kepada anak ke 3. Duit dalam bank di transfer ke akaun pasangan.

Dalam hal ini, pemberi dan penerima mestilah masih hidup dan berlaku sighah ijab qabul yang menunjukkan pemberi dan penerima redha dengan akad tersebut.

Hibah bersyarat Al-‘Umra pula adalah hibah yang bersifat sementara. Contohnya seorang anak menghibahkan rumah kepada ayahnya dengan syarat hanya ketika ayahnya hidup. Selepas ayahnya meninggal dunia, harta tersebut akan kembali menjadi miliknya.

HIBAH AMANAH ( Hibah Bersyarat Al-Ruqba)

Hibah amanah merupakan hibah bersyarat Al-Ruqba. Pemberi hibah mensyaratkan pemindahan harta hanya akan berlaku setelah dia meninggal dunia.

Contohnya seperti seorang ayah yang ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak angkat selepas dia meninggal dunia kerana tidak mahu menyerahkan harta ketika hidup.

Si ayah hendaklah melantik pemegang amanah ( peguam atau organisasi ) ketika hidup untuk menjaga hartanya selepas beliau meninggal dunia.

Apabila si ayah meninggal dunia. Pemegang amanah hendaklah menyerahkan harta yang dihibahkan kepada anak angkat tersebut mengikut jumlah yang dipersetujui.

Oleh itu, perbezaan hibah biasa dan hibah amanah adalah pemegang amanah yang perlu dilantik.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat simpanan dan pelaburan yang menyediakan khidmat Hibah Amanah seperti Hibah Amanah tabung haji, ASNB dan lain-lain. Pihak syarikat merupakan pemegang amanah.

Melalui akad hibah amanah, kini wujud satu kemudahan dalam mengembangkan agihan wang pampasan takaful yang dikenali sebagai amanah takaful.

Wang pampasan akan dimasukkan ke dalam bank bagi tujuan pelaburan untuk manfaat ahli waris. Namun kemudahan ini masih belum diperluaskan.

HIBAH TAKAFUL ( Hibah bersyarat Al-Ruqba )

Hibah bersyarat Al-Ruqba digunakan oleh syiarikat takaful dalam pembahagian wang pampasan selain daripada pembahagan faraid ( PENAMA ).

Contohnya, Peserta takaful menyertai plan takaful dengan satu jumlah perlindungan kematian. Jika berlaku kematian kepada peserta, syarikat takaful akan menyerahkan wang pampasan tersebut kepada nama yang dihibahkan.

Dalam hal ini, penerima hibah hanya akan mendapat wang pampasan apabila berlaku kematian dan ketika polisi masih berkuat kuasa.

Pihak syarikat hendaklah menyerahkan wang pampasan dalam tempoh 60 hari seperti yang tertulis dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013.

Ini menunjukkan bahawa tuntutan hibah takaful melalui proses yang lebih mudah dan singkat berbanding proses menuntut harta pusaka yang kadang kala mengambil masa bertahun-tahun jika tidak melantik syarikat trustee.

unnamed
……

Sangat penting bagi setiap individu merancang pembahagian harta pusaka agar tidak berlaku pergaduhan di klangan ahli waris.

Agihan boleh dibuat dengan cara wasiat atau hibah sepertimana yang dibincangkan.

Bagi yang tidak memiliki banyak harta, perlindungan takaful adalah pilihan yang terbaik bagi melindungi kewangan keluarga jika berlaku kematian.

Berminat dengan hibah takaful? Hubungi atau isi borang di bawah :

wasap.my/+60107959490/hibahT
wasap.my/+60107959490/hibahT

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.