PERUNTUKKAN LEBIHAN UNTUK MASA DEPAN

3 Perkara penting dalam menyusun kewangan masa depan :

1 – Simpanan
2 – Takaful
3 – Pelaburan
.

Setiap satu mempunyai tujuan tersendiri.

Simpanan berfungsi sebagai sandaran kepada kecemasan yang tidak dijangka.

Contohnya Covid-19. Pada musim ini banyak industri yang mengalami masalah. Ramai pekerja yang dipotong gaji malahan dibuang kerja.

Di sinilah fungsi simpanan berperanan sebagai sandaran gaji apabila tidak cukup. Paling penting kena berhati-hati ketika berbelanja di musim pkp.

Takaful pula melindungi kewangan jika berlaku musibah.

Jangan jadikan takaful sebagai platform simpanan atau pelaburan. Pulangannya tidak pasti dan boleh jadi lebih rendah daripada modal.

Jika tidak mampu ambil takaful, tanya kepada ejen takaful pelan yang paling murah. Walaupun jumlah perlindungan rendah, lebih baik ada daripada tiada langsung. Jangan asyik compare bertahun-tahun.

Pelaburan pula adalah untuk jangka masa panjang

Pelaburan ada macam2 kaedah. Kaedah paling mudah adalah melalui ASB atau unit amanah. Kalau rajin sikit boleh buat pelaburan hartanah atau saham. Paling penting adalah ilmu sebelum melakukan apa sahaja jenis pelaburan. Jangan MALU untuk bertanya orang berpengalaman.

Jangan sertai skim cepat kaya. Jika pulangan sesuatu pelaburan itu tidak logik, kebarangkalian besar adalah skim cepat kaya.

Tujuan pelaburan adalah untuk digunakan apabila pencen. Atau belanja persekolahan anak-anak. Setiap orang pasti ada impian yang ingin dicapai.

Perkara yang pasti semua orang Islam impikan adalah mengerjakan haji dan umrah.

Ini sedikit sebanyak perkara yang penting yang perlu difikirkan oleh semua orang yang mempunyai pendapatan.

Untuk merancang kewangan secara holistik dan sistematik, dapatkan e-book dan video kewangan melalui link di bawah

https://bit.ly/3cKGbXL
https://bit.ly/3cKGbXL

Muiz Ahmad
INFAQ Consultancy

Jika anda inginkan quotation takaful paling murah mengikut umur anda, sila isi ruangan di bawah :

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.