E-BOOK BIJAK MERANCANG WANG 2020

TAMBAH ILMU KEWANGAN DI MUSIM PKP

Ini merupakan formula kewangan menggunakan model INFAQ Consultancy.

Ia ada kongsikan dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW

Secara umumnya, penyusunan kewangan peribadi dicadangkan bagini;

PENDAPATAN, dibahagikan kepada beberapa bahagian bahagian;

30% Perbelanjaan isi rumah

30% Pembayaran hutang

5% Lain-lain

5% Pemberian

30% Lebihan

———————————————

1) 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH spt sewa, petrol, makan, minum, sekolah anak, belanja dapur dll

2) 30% PEMBAYARAN HUTANG spt hutang rumah, hutang kereta, hutang personal, hutang pendidikan dll

3) 5% LAIN-LAIN, ia mungkin boleh jadi PERBELANJAAN ISI RUMAH atau PEMBAYARAN HUTANG

Nota: Item 1, 2 & 3 boleh digabungkan dgn maksima 65%

4) 5% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain.

5) 30% LEBIHAN

Lebihan pula dibahagikan kpd 3:

Simpanan 10%

Perlindungan 10%

Pelaburan 10%

5.1) SIMPANAN (10%). Instrumen simpanan mestilah:

a) Tiada caj

b) Tiada risiko

c) Mudah cair

Kenapa perlu 3 ciri ini?

Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Dahulu saya selalu cadangkan Tabung Haji kerana ia memberi pulangan konsisten, tiada kos tambahan dan sudah siap tolak zakat. Tapi pulangan TH yang terkini kurang memberangsangkan.

Alternatif terbaik ialah ASB. Kekurangannya, tidak ditolak zakat siap-siap seperti TH dan jumlah maksima ialah RM200,000.

Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.

5.2) PERLINDUNGAN (10%), melalui takaful.

Perkara yang perlu dilindungi ialah:

a) Perlindungan pendapatan

b) Penyelesaian hutang

c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas untuk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal.

5.3) PELABURAN (10%), ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.

PELABURAN, melalui kaedah:

a) Peningkatan nilai modal (capital appreciation), dan

b) Pendapatan pasif

Contoh; Beli rumah untuk pelaburan, keuntungan diperolehi melalui

  • kenaikan harga rumah
  • kutipan duit sewa

NOTA:

  1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT & FINANCIAL QUOTIENT dan perkara an INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM.
  2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60% atau digabungkan dengan item “lain-lain” menjadikan total 65%.
  3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN.
  4. PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Untuk takaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.
  5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG melebihi 65%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

Detail ilmu ini ada dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Disampaikan dalam bentuk video dan ebook oleh Afyan Mat Rawi, IFP. Boleh klik :

https://bit.ly/2WFaaL0
https://bit.ly/2WFaaL0

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.