TAKAFUL KEMALANGAN TERBAIK?

Takaful kemalangan tidak semestinya cover bil klinik atau semua perkara berkaitan kemalangan.

Ada yang hanya cover kematian akibat kemalangan sahaja.

Ada juga yang cover kematian dan elaun hospital apabila admit berkaitan kemalangan sahaja.

Takaful kemalangan yang terbaik mestilah melindungi :

1. Kematian
2. Cacat kekal menyeluruh
3. Hilang upaya / patah sementara menyeluruh
4. Cacat kekal sebahagian
5. Hilang upaya / patah sementara sebahagian
6. Tuntutan kos pembedahan
7. Tuntutan pesakit luar ( klinik / ubat )
8. Elaun harian hospital

Biasanya plan kemalangan akan dipromosikn oleh individu mewakili pihak bank melalui panggilan telefon. Bayaran bulanannya murah kerana hanya melindungi peserta apabila kemalangan.

Jadi mana2 yang pernah ambil polisi takaful hanya melalui panggilan telefon, sila semak cover note atau polisi anda

Jangan sekadar bayar tetapi tak tahu manfaat daripada apa yang kita bayar

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.