INCOME PROTECTION TAK COVER KEMALANGAN?

Pernah dengar istilah Income Protection?

Income protection adalah pelan perlindungan kewangan melalui polisi takaful. Ia melindungi kewangan apabila berlaku malapetaka kewangan kepada seseorang individu.

Fungsi income protection adalah melindungi pendapatan keluarga jika berlaku musibah yang menyebabkan bapa atau ibu tidak boleh bekerja.

Kebiasaannya, income protection merangkumi 3 bentuk perlindungan iaitu :

1. Kematian
2. Lumpuh keseluruhan
3. Sakit kritikal

Polisi yang melindungi ketiga-tiga musibah di atas biasanya dipanggil INCOME PROTECTION atau INCOME REPLACEMENT.

HIBAH TAKAFUL pula adalah polisi yang melindungi kematian dan lumpuh keseluruhan sahaja. Namun, perlindungan sebenar bergantung kepada ejen yang menggunakan istilah tersebut.

Tiga perkara di atas merupakan asas dalam perlindungan kewangan individu.Jika peserta mengalami salah satu musibah di atas, waris atau peserta akan mendapat wang pampasan sepertimana tertera dalam buku polisi.

Tetapi bagaimana jika berlaku kemalangan kepada peserta?

Jika berlaku kemalangan, peserta hanya boleh membuat tuntutan apabila kemalangan itu membawa kepada KEMATIAN atau LUMPUH KEKAL MENYELURUH sahaja.

Jika berlaku kemalangan, peserta TIDAK boleh membuat tuntutan kos yang kecil seperti bil klinik, elaun hospital, pampasan mingguan akibat patah, pampasan jika kehilangan anggota kecil seperti jari, sebelah tangan atau anggota lain.

Dalam bahasa mudah, income protection biasa tidak melindungi kemalangan yang tidak mengakibatkan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan.

Oleh itu, Income Protection yang terbaik  mestilah merangkumi :

1. Pampasan Kematian
2. Pampasan Lumpuh keseluruhan (TPD)
3. Pampasan Sakit Kritikal (CI)
4. Pampasan jika berlaku kemalangan
5. Pampasan kemalangan jika lumpuh anggota badan
6. Pampasan kemalangan jika patah anggota tangan atau kaki
7. Tuntutan bayaran semula kos pembedahan akibat kemalangan
8. Tuntutan bayaran semula bil klinik akibat kemalangan
9. Elaun hospital
10. Pengecualian bayaran jika berlaku CI @ TPD


Kematian, Lumpuh keseluruhan & sakit kritikal merupakan asas dalam polisi perlindungan pendapatan.

Perlindungan pendapatan yang lengkap mestilah melindungi pelbagai aspek. Di bawah merupakan contoh plan perlindungan pendapatan yang lengkap.

Contoh Sebut Harga Bagi Umur 30 tahun lelaki

Berminat dengan pelan lengkap ini? Isi borang di bawah atau klik link whasapp di bawah

https://wa.me/message/SJ57SZW4AT4RL1
https://wa.me/message/SJ57SZW4AT4RL1
https://wa.me/message/SJ57SZW4AT4RL1

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.