KONSEP TAKAFUL

“Encik, kalau saya ambil takaful dan tak berlaku apa-apa sehingga tempoh matang, macam mana?”

“Rugilah saya bayar kalau saya tak sakit”

“Apa berlaku pada duit yang saya carum bulananan? Burn mcm tu je ke?”

Begitulah soalan yang biasa saya jumpa, sebenarnya mereka belum faham konsep takaful.

……..

𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗣 𝗧𝗔’𝗔𝗪𝗢𝗡 dalam takaful.

Wang sumbangan yang dibayar setiap bulan akan digunakan untuk yuran wakalah dan dana Tabarru’ ( derma ) yang diperolehi dari sumbangan bulanan.

Selain berkongsi keuntungn, peserta takaful juga berkongsi risiko.

Sebab itu bila ada kenaikan sumbangn medical card, yang tak pernah claim pun akan ada kenaikan juga.

𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗔𝗥𝗥𝗨’ ( 𝗗𝗲𝗿𝗺𝗮 )

Dana ini juga dikenali sebagai dana risiko. Ia diperolehi daripada sumbangan bulanan peserta takaful selepas ditolak wakalah.

Jika berlaku salah satu musibah atau manfaat yang tertulis dalam polisi, wang daripada dana tabarru’ akan digunakan untuk manfaat atau pampasan kepada peserta.

Jadi kalau tidak berlaku apa-apa, pastinya peserta akan dapat ganjaran ‘wang pampasan’ selepas mati yang menggunakan currency di negara barzah / akhirat ( pahala ) kerana wang yang telah dicarum secara bulanan itu digunakn untuk membantu peserta lain.

Istilah wang akan burn begitu sahaja adalah tidak tepat.

Mudah kan?

Muiz Ahmad – Takaful
Ejen Takaful Yang Ikhlas

Untuk maklumat berkaitan takaful.
Layari : muizahmad.com

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.