𝗠𝗔𝗧𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
Matlamat kewangan mempunyai sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang..Bagi individu yang baru dalam merancang kewangan dan mengalami masalah dalam perbelanjaan, matlamat kewangan utama yang sesuai diletakkan adalah untuk MENCAPAI POSITIF CASHFLOW..
Seterusnya membina lebihan pendapatan yang dipanggil sebagai SURPLUS bertujuan untuk membuat simpanan kecemasan, takaful serta membina aset..
Setelah mempunyai cashflow yang cun, MATLAMAT yang lebih tinggi boleh diletakkan seperti :
1 – Bebas Hutang
2 – Membina pendapatan pasif
3 – Membina aset
4 – Mengumpul aset yang mampu memberikan pendapatan.
Di sinilah ‘maqam’ financial freedom . Iaitu ketika kita mampu membina pendapatan pasif sehingga mempunyai aset yang boleh mendatangkan pendapatan..
Aset terbaik yang semua orang miliki adalah aset intelektual. Kerana dengan aset inilah dapat membina aset-aset yang lain..
Gunakan aset intelektual ini untuk menimba ilmu berkaitan kewangan dan cara untuk menggandakan aset. Ia boleh malalui bacaan, kelas, seminar dan lain-lain..
Jadi, selain matlamat untuk pergi umrah, beli rumah, beli kereta sukan, beli rim sukan, atau lain-lain, tetapkn matlamat kewangan yang betul dahulu sehingga boleh mecapai financial freedom..
Impossible? kalau tak menjadi jutawan sekalipun, sekurang-kurangnya kita telah merancang kewangan dengan baik seperti mak ayah kita dahulu. Kerja biasa-biasa hidup pun biasa-biasa.
Tetapi mampu menjaga anak- anak serta menanggung kos pendidikan sehingga ke peringkat universiti..
Beli buku bijak merancang wang untuk mengasah aset intelektual kita : https://bit.ly/bukubmw2021muizahmad.com
Rancang Kewangan, ubah masa depan