Bagaimana MLTT menyelesaikan masalah MRTT yang tidak cukup?
Sebelum ini saya ada menulis berkaitan perlindungan MRTT yang tidak cukup disebabkan beberapa faktor. Rujuk link di bawah :
https://www.facebook.com/100000318489072/posts/4513502158670356/?d=n
Salah satu penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan mengambil MLTT sebagai tambahan.
.
.
APA ITU MLTT?
MLTT adalah singkatan daripada ‘Mortgage Level Term Takaful’ yang melindungi pembiayaan hartanah TANPA MENGURANGI jumlah perlindungan walaupun jumlah pembiayaan semakin berkurang.
.
Ini berbeza dengan MRTT yang mana perlindungan mengikut kiraan asal pembiayaan dan semakin berkurang mengikut baki pembiayaan.
.
SAMPEL KES PERBANDINGAN MRTT & MLTT
Jika berlaku kematian, produk MRTT akan melindungi jumlah baki pembiayaan seperti yang ditetapkan pada awal pembiayaan.
.
Ini tidak mengambil kira caj tambahan seperti lambat bayar, moratorium, refinancing dan lain-lain yang boleh menyebabkan baki pembiayaan meningkat sekaligus menjadikan MRTT tidak mencukupi.
.
Berbeza dengan MRTT, perlindungan MLTT mengikut jumlah pembiayaan asal walaupun baki pembiayaan telah berkurang.
.
Rujuk graf di bawah. :
- Jika berlaku kematian pada tahun ke 15 pembiayaan. MRTT akan melindungi sebanyak R.m 250k pembiayaan perumahan selari dengan baki hutang yang tinggal mengikut kiraan asal.
. - Tetapi untuk MLTT, perlindungan adalah sebanyak R.m 500k dan tidak berkurang.
. - Di sinilah kelebihan MLTT yang boleh melindungi pembiayaan walaupun baki hutang tidak sama sepertimana kiraan awal.
. - Pihak bank akan menuntut R.m 250k ( atau lebih ) daripada syarikat takaful MLTT dan bakinya akan diserahkan kepada waris.
. - Satu lagi kelebihan MLTT adalah ianya boleh diambil walaupun pembiayaan TELAH LAMA DIBUAT
.
.
Sebarang pertanyaan berkaitan MLTT boleh pm saya di mesej atau ruangan komen.
.
Muiz Ahmad – Takaful Ikhlas
INFAQ Consultancy See less