PENYELESAIAN BAGI MRTT YANG TIDAK MENCUKUPI

Bagaimana MLTT menyelesaikan masalah MRTT yang tidak cukup?

Sebelum ini saya ada menulis berkaitan perlindungan MRTT yang tidak cukup disebabkan beberapa faktor. Rujuk link di bawah :
https://www.facebook.com/100000318489072/posts/4513502158670356/?d=n

Salah satu penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan mengambil MLTT sebagai tambahan.
.
.

APA ITU MLTT?

MLTT adalah singkatan daripada ‘Mortgage Level Term Takaful’ yang melindungi pembiayaan hartanah TANPA MENGURANGI jumlah perlindungan walaupun jumlah pembiayaan semakin berkurang.
.

Ini berbeza dengan MRTT yang mana perlindungan mengikut kiraan asal pembiayaan dan semakin berkurang mengikut baki pembiayaan.
.

SAMPEL KES PERBANDINGAN MRTT & MLTT

Jika berlaku kematian, produk MRTT akan melindungi jumlah baki pembiayaan seperti yang ditetapkan pada awal pembiayaan.
.

Ini tidak mengambil kira caj tambahan seperti lambat bayar, moratorium, refinancing dan lain-lain yang boleh menyebabkan baki pembiayaan meningkat sekaligus menjadikan MRTT tidak mencukupi.
.

Berbeza dengan MRTT, perlindungan MLTT mengikut jumlah pembiayaan asal walaupun baki pembiayaan telah berkurang.
.

Rujuk graf di bawah. :

  • Jika berlaku kematian pada tahun ke 15 pembiayaan. MRTT akan melindungi sebanyak R.m 250k pembiayaan perumahan selari dengan baki hutang yang tinggal mengikut kiraan asal.
    .
  • Tetapi untuk MLTT, perlindungan adalah sebanyak R.m 500k dan tidak berkurang.
    .
  • Di sinilah kelebihan MLTT yang boleh melindungi pembiayaan walaupun baki hutang tidak sama sepertimana kiraan awal.
    .
  • Pihak bank akan menuntut R.m 250k ( atau lebih ) daripada syarikat takaful MLTT dan bakinya akan diserahkan kepada waris.
    .
  • Satu lagi kelebihan MLTT adalah ianya boleh diambil walaupun pembiayaan TELAH LAMA DIBUAT
    .
    .

Sebarang pertanyaan berkaitan MLTT boleh pm saya di mesej atau ruangan komen.
.

Muiz Ahmad – Takaful Ikhlas
INFAQ Consultancy See less

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.