Apabila sebut sahaja plan hibah takaful, ia pasti adalah perlindungan takaful yang melindungi 2 jenis musibah iaitu KEMATIAN & LUMPUH KESELURUHAN.
Plan ini bertujuan untuk melindungi kewangan peserta bagi manfaat waris yang ditinggalkan iaitu keluarga.
Dengan produk daripada Takaful Ikhlas hanya dengan RM46.30 sahaja, peserta yang berumur 30 tahun sudah boleh melindungi kematian setinggi RM200,000.00. Ya, dua ratus ribu ringgit. Ia adalah plan IKHLAS Value Term Takaful.
IKHLAS value term Takaful
1 – Ciri -Ciri
- Bermula dengan perlindungan setinggi Rm200,000.
- Permohonan dibuka seawal umur 17 tahun – 75 tahun
- Sumbangan ( bayaran ) bulanan bermula Rm25
- Tiada akaun pelaburan ( saving )
- Bertujuan untuk melindungi kewangan bagi manfaat waris
- Tidak memerlukan ujian perubatan jika permohonan di bawah RM500,000
- Perlindungan bermula 30 hari selepas sijil berkuatkuasa.
- Bagi kemalangan, perlindungan bermula setelah sijil berkuatkuasa
- Stem duti Rm10 untuk bayaran pertama
2 – Perlindungan
- Kematian – ( Perlindungan sehingga umur 80 tahun )Melindungi semua jenis kematian kecuali bunuh diri, HIV ( kecuali HIV disebabkan kecuaian orang lain ), STD atau mana-mana sakit kelamin, di bawah pengaruh alcohol, salah laku jenayah dan terlibat dengan salah laku undang-undang.
- Total Permanent Disability – Lumpuh Keseluruhan ( perlindungan sehingga 70 tahun )Hilang upaya 2 daripada 6 anggota iaitu 2 tangan, 2 kaki dan 2 mata
- Tidak berupaya untuk melakukan 3 daripada 6 perkara iaitu berpindah, bergerak, berkumuh, berpakaian, bersihkan diri san makan.
- Pengecualian sama seperti kematian ( di atas ), termasuk juga sengaja mencederakan diri atau kehilangan upaya sudah sedia wujud sebelum polisi dimohon, terlibat dengan aktiviti air yang menggunakan alat pernafasan tiruan, pemasangan alat melibatkan radioaktif dan pemberontakan.
3 – Tempoh Polisi / perlindungan
- Terdapat 3 pilihan tempoh perlindungan ( Term )
- 5 tahun
- 10 tahun
- 20 tahun
- Selepas tamat tempoh perlindungan, polisi akan diperbaharui secara automatik mengikut tempoh asal jika polisi tidak ditamatkan oleh peserta. Tempoh terakhir adalah sehingga umur 80 tahun.
- Akan ada harga sumbangan yang baharu setelah polisi diperbaharui.
Harga yang rendah dengan perlindungan yang tinggi. Sesuai untuk semua peringkat golongan pendapatan.
Muiz Ahmad
INFAQ CONSULTANCY
Whasapp jika berminat dengan hibah takaful: