AGIHAN PAMPASAN TAKAFUL

Dua bentuk penamaan dalam takaful.

1- PENAMA
2- HIBAH
.

1 – PENAMA merupakan salah satu pilihan dalam agihan pampasan takaful yang menggunakan kaedah faraid. Orang yang dinamakan sebagai penama WAJIB menguruskan pampasan megikut kaedah ini.

Namun sebelum pampasan diagihkan kepada waris, beberapa perkara akan ditolak daripada pampasan tersebut seperti kos pengurusan jenazah, hutang, wasiat atau hibah ( bukan hibah takaful ).
.

2 – HIBAH pula adalah pemberian ikhlas. Dalam polisi takaful ia dinamakan sebagai hibah bersyarat.

Penerima hibah takaful akan menerima wang setelah peserta meninggal dunia.

Wang tersebut adalah hak milik penerima dan bukan harta peninggalan simati.

Oleh itu, penerima hibah tidak wajib membayar hutang si mati dengan wang tersebut.
……..

Selain daripada dua di atas, peserta juga boleh membuat Takaful Amanah dengan syarikat trustee beserta surat ikatan amanah.

Wang pampasan akan diuruskan oleh syarikat amanah tanpa tertakluk kepada hukum faraid / pusaka.
…….

Untuk memastikan polisi hibah tuan/puan dapat membayar hutang selepas meninggal dunia dan juga ingin hibahkan kepada pasangan. Isikan nama penerima hibah 50% dan nama penama 50%.

Dengan kedah ini, separuh daripada jumlah pampasan akan difaraidkan.

Tuan/puan boleh juga mengambil dua polisi. satu untuk hibah, manakala satu lagi untuk faraid. 😁
…..

Mueez Ahmad
infaq consultancy

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.