Q & A HIBAH TAKAFUL

1. Apakah Hibah Takaful?

Hibah bermaksud pemberian. Hibah takaful merupakan pelan perlindungan kematian kepada peserta.

Hibah takaful dibuat ketika masih hidup dan manfaat akan diperoleh apabila meninggal dunia. Manfaat hibah takaful adalah untuk keluarga atau waris yang masih hidup.

Contoh : Ali mengambil plan hibah sebanyak RM300,000. Beliau menamakan isterinya sebagai penerima hibah. Apabila Ali meninggal dunia, isteri Ali akan menerima wang pampasan polisi takaful Ali sebanyak RM300,000 daripada syarikat takaful.

2. Apakah tujuan hibah takaful?

Hibah takaful berfungsi sebagai perlindung pendapatan (gaji) ketua isi rumah. Pada zaman sekarang, suami dan isteri bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Jika salah seorang dari mereka meninggal dunia, akan wujud musibah kewangan dalam perbelanjaan keluarga tersebut. Nmaun, jika simati mempunyai sijil hibah takaful. Pasangan yang masih hidup akan mendapat manfaat dalam bentuk wang.

Di sinilah fungsi atau tujuan utama hibah takaful sebagai perlindungan kepada pendapatan isi rumah.

3. Siapakah yang memerlukan hibah takaful?

Kebiasaanya suami merupakan sumber kewangan perbelanjaan keluarga. Oleh itu, suami sangat memerlukan perlindungan hibah takaful.

Ibu dan ahli keluarga yang menanggung perbelanjaan keluarga atau yang menjadi sumber utama kewangan dalam sesebuah keluarga juga hendaklah mempunyai hibah takaful.

4. Adakah isteri juga perlu mengambil hibah takaful?

Jika isteri bekerja untuk menampung sebahagian perbelanjaan dalam keluarga, maka isteri juga hendaklah mempunyai perlindungan hibah takaful.

5. Apakah perbezaan hibah takaful dengan penama?

Terdapat 2 kaedah agihan pampasan kematian bagi polisi takaful. Peserta boleh memilih mana satu yang sesuai.

  1. Hibah ( Hibah Takaful)
  2. Penama ( Faraid)

Hibah adalah pemberian ikhlas. Wang pampasan adalah 100% milik penerima hibah yang dinamakan. Di sinilah wujudnya istilah hibah takaful.

Manakala penama pula wajib mengikut kaedah faraid. Penama yang dinamakan ( bukan hibah ) hendaklah menguruskan wang tersebut dengan bantuan badan yang diiktiraf seperti Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.

6. Bolehkah nama penerima hibah ditukar pada bila-bila masa?

Boleh. Nama penerima hibah atau semua bentuk agihan pampasan takaful boleh diubah pada bila-bila masa oleh peserta takaful.

7. Adakah hibah takaful boleh menyelesaikan hutang?

Secara asasnya, hibah takaful adalah pemberian ikhlas kepada waris yang dinamakan. Ini menunjukkan wang pampasan takaful tersebut adalah hak milik mutlak penerima hibah.

Penerima hibah tidak wajib membayar hutang simati ( Peserta ) menggunakan wang tersebut. Namun, penerima hibah boleh membayar hutang simati ( Peserta ) dengan ikhlas sebagai ihsan kepada simati.

Untuk memastikan hutang dapat dibayar, peserta boleh membuat agihan 50% hibah dan 50% penama ( faraid ) ketika permohonan takaful dibuat. Melalui kaedah faraid, hutang simati akan diselesaikan dahulu sebelum diagihkan kepada waris yang berhak.

Cth : Ali mengambil hibah takaful sebanyak RM300,000 dengan membuat agihan 50% hibah kepada isteri, 50% penama (faraid ).

Apabila Ali meninggal dunia, isteri Ali akan mendapat RM150,000. Manakala RM150,000 lagi akan melalui proses faraid seperti di bawah :

  1. Kos urusan pengkebumian
  2. Membayar hutang
  3. Membayar wasiat / hibah harta
  4. Agihan kepada waris yang berhak

8. Adakah tuntutan hibah takaful sama seperti tuntutan harta pusaka?

Tidak, tuntuntan hibah takaful adalah lebih mudah berbanding tuntutan harta pusaka. Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan islam (IFSA 2013), syarikat takaful hendaklah membayar tuntutan kematian dalam tempoh 60 hari selepas semua dokumen diberikan mengikut kes piawaian.

Tuntutan harta pusaka boleh mengambil masa bertahun-tahun jika tidak dilantik pengurus harta daripada mana-mana syarikat amanah..

Berminat dengan konsultansi online untuk hibah takaful? Isi borang di bawah.

About the Author

Muiz Ahmad
Merupakan perunding takaful daripada INFAQ Consultancy. Mempunyai diploma dalam Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam di UKM. Kini aktif dalam menyebarkan ilmu perancangan kewangan kepada masyarakat.